Tuesday, 10 July 2012

TAJUK 4: PEMBINAAN UJIAN

SOALAN OBJEKTIF

  • Ujian ini memerlukan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon. Merupakan item respon tetap (memilih satu jawapan beberapa jawapan). Di dalam ujian ini mengandungi pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item.
  • Terdapat dua bentuk soalan objektif iaitu:
  1.          Item respon bebas 
Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.

     2.           Item respon tetap (item objektif pilihan)

Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Jenis soalan respon tetap;
1. Format salah betul
2. Padanan
3. Aneka pilihan

Format salah betulSoalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).
Contoh;
Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
Hitam – Putih ( ),
PadananSoalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.
Aneka PilihanAneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;
  1. Berbentuk soalan
  2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
  3. Analogi
  4. Antonim
  5. Jenis negatif
  6. Mengisi tempat kosong
  7. Jenis campuran
  8. Teknik kloz
  9. Mengelaskan 
Kelebihan
  1. Mudah disemak
  2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
  3. Menguji banyak topik
  4. Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
  5. Mengukur proses mental yang tinggi
Kelemahan
  1. Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
  2. Potensi untuk meneka jawapan tinggi
  3. Sukar untuk dibina
  4. Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
  5. Calon bijak tidak perlu belajar banyak
  6. Tidak dapat mengukur keaslian 

SOALAN SUBJEKTIF

Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan. Terdapat dua jenis iaitu:
• Jenis respons terhad (struktur)
  -mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas
  -contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik
• Jenis respons lanjutan (esei)
  -mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa  perenggan
  -contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.

Prinsip pembinaan soalan jenis struktur
Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

Prinsip pembinaan soalan jenis esei
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Panduan Pembinaan Item Subjektif
  • Membentuk JSU
  • Mengubal soalan berdasarkan prinsip berikut :
    1.Tugas / arahan soalan jelas
    2.Perkataan yg digunakan setaraf dgn pencapaian bahasa calon.
    3.Menggunakan perkataan yg kelas (jelaskan, bandingkan, dan lain-lain)
    4.Mengubal bilangan soalan secara berpatutun.
    5.Sediakan satu skema pemarkahan.
Kelebihan
  • Mudah digubal
  • Sesuai untuk semua mata pelajaran
  • Sesuai untuk semua aras taksonomi
  • Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
  • Mengurangkan konsep meneka.
  • Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
  • Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
Kelemahan
  • Bidang yg diuji terhad
  • Soalan boleh diramal
  • Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
  • Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.


 
 

Saturday, 7 July 2012

TUTORIAL 1: PEMBINAAN JSU DAN CONTOH SOALAN

Tutorial 1: pembinaan JSU dan contoh soalan bm

TAJUK 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

DEFINISI
Jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap kontruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran.

KEPENTINGAN JSU
  • Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
  • Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
  • Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
  • Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
  • kertas ujian dapat digubal secara sistematik
  • kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
  • Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
  • Memberi panduan untuk membentuk soalan.
  • Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.
  • Mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik.
  • Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yg lain.
  • taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
  • ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran
TUJUAN JSU DIWUJUDKAN
  • Menghasilkan soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan secara spontan – tidak tahu aras)
  • Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan / tiada keutuhan. 
 
CIRI-CIRI JSU
  • Merupakan matrik yg terdiri drpd 2 paksi iaitu paksi melintang – aras kemahiran dan menegak – kandungan.
  • Bilangan item dinyatakn dalam JSU mengikut aras kemahiran yg ditetapkan.
  • Mengandungi aras yg mengikut aras taksonomi.
  • Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan kemahiran.
  • Kepayahan item dlm lingkungan 20% - 80%.
  • Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-lain.
  • Kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran. 
4 SYARAT JSU
  1. Ujian tidak dibina sebarangan.
  2. Menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yg diuji.
  3. memberi panduan dan penentuan kepada pengubalan ujian.
  4. Memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran. 
LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU
  • Langkah 1
    Senaraikan tajuk-tajuk yg hendak diuji.
  • Langkah 2
    Tentukan soalan yg hendak dibina.
    a.Soalan objektif (30 soalan)
    b.1 markah bagi satu soalan
    c.Jumlah soalan bg setiap topik dikira
    = jumlah masa / jumlah masa
    keseluruhan x jumlah soalan
  • Langkah 3
    Tentukan model aras kesukaran (mudah – sukar).
  • Langkah 4
    Menentukan jenis soalan yg hendak diuji (objektif, struktur, esei, dll)
  • L5
    1.Tentukan soalan bg setiap komponen.
    2.Penentuan aras kesukaran (mudah kepada sukar)
    3.Pemarkahan.
  • Langkah 6
    1.Tentukan mata pelajaran.
    2.Tahun / tingkatan
    3.Susunan nomdor mengikut tajuk.
MENYEMAK ITEM BAHASA
  1. Bahasa
  2. Isi (mengikut kemahiran)
  3. Arahan yg diberi jelas
  4. Masa yg diberi mencukupi
  5. Susunan soalan (mudah-sukar)

Konsep IK (Indeks Kesukaran)
  • Tujuan : menentukan indeks soalan (sukar, sederhana, mudah)
  • Pengiraan :
  1. IK = B / J (jumlah yg sedikit)
    B = bil. Calon menjawab betul
    J = jumlah keseluruhan calon
  2. IK = BT + BR / J (jumlah yg banyak - lebih 40 orang)
    BT = jumlah calon dlm kumpulan tinggi yg
    menjawab betul
    BR = jumlah calon dlm kumpulan rendah
    yg menjawab betul
    J = jumlah keseluruhan calon