SOALAN OBJEKTIF
- Ujian ini memerlukan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon. Merupakan item respon tetap (memilih satu jawapan beberapa jawapan). Di dalam ujian ini mengandungi pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item.
- Terdapat dua bentuk soalan objektif iaitu:
- Item respon bebas
Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan
sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung
soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.
2. Item respon tetap (item objektif pilihan)
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling
betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih
pilihan. Jenis soalan respon tetap;
1. Format salah betul
2. Padanan
3. Aneka pilihan
Format salah betulSoalan
jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan
sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju
(TS), dan ya (Y) atau tidak (T).
Contoh;
Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
Hitam – Putih ( ),
Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
Hitam – Putih ( ),
PadananSoalan
jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek
atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan.
Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan
semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.
Aneka PilihanAneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;
Jenis item aneka pilihan;
- Berbentuk soalan
- Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
- Analogi
- Antonim
- Jenis negatif
- Mengisi tempat kosong
- Jenis campuran
- Teknik kloz
- Mengelaskan
Kelebihan
- Mudah disemak
- Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
- Menguji banyak topik
- Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
- Mengukur proses mental yang tinggi
Kelemahan
- Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
- Potensi untuk meneka jawapan tinggi
- Sukar untuk dibina
- Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
- Calon bijak tidak perlu belajar banyak
- Tidak dapat mengukur keaslian
SOALAN SUBJEKTIF
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk
pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap
kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan. Terdapat dua
jenis iaitu:
• Jenis respons terhad (struktur)
-mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas
-contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik
• Jenis respons lanjutan (esei)
-mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa perenggan
-contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar
sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.
Prinsip pembinaan soalan jenis struktur
Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.
Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.
Prinsip pembinaan soalan jenis esei
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.
Panduan Pembinaan Item Subjektif
- Membentuk JSU
- Mengubal soalan berdasarkan prinsip berikut :
1.Tugas / arahan soalan jelas
2.Perkataan yg digunakan setaraf dgn pencapaian bahasa calon.
3.Menggunakan perkataan yg kelas (jelaskan, bandingkan, dan lain-lain)
4.Mengubal bilangan soalan secara berpatutun.
5.Sediakan satu skema pemarkahan.
Kelebihan
- Mudah digubal
- Sesuai untuk semua mata pelajaran
- Sesuai untuk semua aras taksonomi
- Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
- Mengurangkan konsep meneka.
- Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
- Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
Kelemahan
- Bidang yg diuji terhad
- Soalan boleh diramal
- Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
- Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.
No comments:
Post a Comment